Pengenalan KKTM Ledang


KKTM Ledang adalah projek di bawah RMK 8, sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dan keperluan dalam pasaran buruh, MARA telah melihat potensi di bidang dan teknologi baru ini bagi mendokong dasar kerajaan sekali gus membangunkan golongan bumiputera.

Justeru itu, bidang Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Biomedical Instrumentation Engineering) dikenalpasti merupakan cabaran dan potensi baru yang perlu diceburi oleh MARA dengan mewujudkan kursus-kursus dalam bidang ini bagi membantu industri dan kerajaan meramaikan lagi kepakaran dalaman. Tambahan lagi dengan usaha yang dibuat oleh MARA dapat meramaikan tenaga mahir bumiputera dalam bidang Instrumentasi Bioperubatan dan seterusnya menguasai bidang ini.

Search

Loading...